Tajuk 12: Interaksi Dalam Pembelajaran

1.0 PENDAHULUAN

Interaksi merupakan satu jalinanan hubungan antara guru dan pelajar. Mengikut kamus ‘A English Dictionary’: interaksi bererti proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Komunikasi bermaksud pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Manakala pembelajaran didefinisikan sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran akan sentiasa berlaku selagi hayat dikandung badan sedari sejak kecil lagi. Pembelajaran ini bukan sekadar mempelajari pengetahuan atau kemahiran tetapi ia juga merupakan perkembangan emosi, sikap dan nilai estetika. Oleh itu, interaksi dalam pembelajaran adalah penting dalam mendidik pelajar. Terdapat empat jenis interaksi yang terlibat iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi kumpulan dan interaksi antara kumpulan.

 

2.0 JENIS-JENIS INTERAKSI

      2.1   Interaksi Sehala

Interaksi sehala atau juga dikenali sebagai interaksi tradisional ialah dimana hanya guru yang mengawal segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilk darjah. Hal ini menyebabkan para pelajar terpaksa untuk mendengar dan menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru sama ada secara arahan atau penerangan tanpa bantahan. Bagi interaksi ini, guru mengamalkan pendekatan jenis authoritarian dimana pelajar tidak diberi peluang untuk bersuara untuk mengatakan pendapat dan mengakibatkan pemikiran pelajar terbantut. 

2.2 Interaksi Dua Hala

Interaksi ini akan menjadi dua hala sekiranya terdapat soalan yang ditanya oleh pelajar kepada guru. Atau guru menanyakan soalan kepada pelajar mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut dan pelajar akan menjawab soalan guru berdasarkan fahaman mereka atau pelajar menanyakan kepada guru mengenai topik yang mereka kurang faham dan menginginkan penjelasan yang lebih jelas dan guru akn menjawab soalan itu. Keadaan ini akan mendorong para pelajar menjadi lebih aktif di dalam kelas dan mendorong pelajar untuk mengutarakan pendapat mereka kepada guru. Interaksi dua hala ini sering digunakan di dalam bilik darjah kerna memberikan kesan yang positif kepada pelajar mahupun guru. Akan tetapi interaksi tidak berlaku antara rakan sebaya. Jadi interaksi pasif seperti ini akan membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas kerana terlalu banyak fakta yang perlu mereka ingat dan hafal. Untuk menarik minat pelajar, guru boleh menggunakan cara seperti memberi ganjaran kepada pelajar. 

2.3 Interaksi Kumpulan

Interaksi kumpulan ini bertujuan untuk menggalakan pelajar untuk menyertai diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Interaksi juga berlaku apabila terdapat aktiviti berkumpulan seperti perbincangan, stimulasi dan lain-lain. Kerja berkumpulan diwujudkan agar pelajar dapat berinteraksi dengan rakan sebaya ketika membuat tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru. Interaksi ini dapat mewujudkan nilai positif dalam diri pelajar iaitu bekerjasama, bertoleransi dan semangat berpasukan. Dengan interaksi ini dapat membantu pelajar yang takut atau malu dengan kehadiran guru dapat menggunakan peluang ini untuk bertanya kepada ahli kumpulan mereka mengenai topik yang tidak difahami. Hal ini kerana untuk interaksi ini, guru tidak akan terlibat dalam perbincangan dan guru hanya menjadi fasilitator kepada para pelajar. 

2.4 Interaksi Antara Kumpulan

Interaksi antara kumpulan ini tidak melibatkan guru dalam kumpulan. Hal ini kerana pelajar akan berbincang sesama ahli kumpulan sebelum mengadakan pembentangan. Di sini dapat kita lihat bahawa interaksi jenis ini tidak melibatkan sebarang penglibatan seorang guru. Pelajar hanya berbincang di dalam kumpulan atau bertukar pendapat dengan kumpulan lain. Sebagai contoh, kumpulan lain mengemukakan soalan kepada kumpulan yang sedang membentang.

 

3.0 KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

Interaksi dapat mengeratkan hubungan di antara guru dan para pelajar di dalam bilik darjah. Melalui interaksi ini, guru juga dapat mencapai objektif pembelajaran. Ini kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan pada hari tersebut dan mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, guru dapat melaksanakan rancangan pengajarannya dengan berkesan dengan penglibatan para pelajarnya. Sebagai contoh, guru memakmlumkan kepada pelajarnya mengenai tajuk yang akan diajarkan olehnya di dalam kelas seterusnya, maka para pelajar boleh membuat ulang kaji terlebih dahulu untuk mendapatkan pendedahan mengenai tajuk itu dan sekiranya pelajar itu ada persoalan yang hendak ditanya, pelajar itu boleh menanyakannya semasa guru itu mengajar tajuk itu. Keadaan ini dapat mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan murid kerana bertukar maklumat atau idea.

 

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, interaksi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan pengajarannya dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar dan mengikut objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Interaksi dalam pembelajaran ini dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar dan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta dapat meningkatkan cara komunikasi pelajar.

Di sini saya lampirkan slide presentation kumpulan saya Topik 12.


Link blog untuk ahli kumpulan saya yang lain ialah

  1. Nurul Alia Najwa - Najwa
  2. Nasyitah Radhwa - Nasyitah
  3. Nur Fathrah - Fathrah
  4.  Ainaa Nadhirah - Aina
Rujukan 

Felisca Leong. Komunikasi Dan Interaksi Dalam Bilik Darjah. Diperoleh           daripada https://www.academia.edu/23644173/Komunikasi_dan_Interaksi_dalam_Bilik_Darjah

Comments